ANDA PELAWAT KE

May 7, 2010

14 perkara yang kamu tidak boleh kata pada sesorang yang 'single'

Kenapa kita perlu banyak bercakap bila seseorang yang 'single' meluahkan perasaanya pada kita?

Dan biasa la untuk kita memberikan 'janji-janji palsu' atau pun 'kata-kata pujangga' untuk tenangkan hati diorang.

Lebih baik jujur kan ? walaupun hati diorang tak setenang yang diharapkan , sekurang-kurangnya diorang akan dapat terima hakikat sebenar .

Inilah antara kata-kata untuk pujuk diorang.


tak perlu cari , dia akan datang sendiri .

- ini hanya sampah. ada orang jumpa pasangan tanpa dicari ada yang tak. Jadi, tak salah kita keluar dan mencari si dia

Kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum.

-saya pernah berkawan dengan seorang perempuan bernama bunga. percayalah, kadang-kadang bunga memang sekuntum.


Kenapa awak masih 'single'?

-Saya benci soalan ni. Kalau la saya tau macam mana nak jawab , tentulah saya tak single sekarang ni? Haish...


Awak terlalu memilih.

-Yup , mungkin betul . Tapi , saya rasa macam saya dikritik sebab mempunyai citarasa, MATA , dan berfikiran tertutup .


Awak akan jumpa dia satu hari nanti.

- bila suatu hari nanti tu ye?

Dia ada dalam dunia ni .

-boleh la cakap kalau dah jumpa. dunia memang orang cakap kecil tapi percaya lah dunia ni luas.

Sekarang bukan masa yang sesuai.

-macam lah senang nak cari masa yang sesuai untuk berkapel .

Awak tak nak cuba dating 'online' ?

-siapa yang percaya pada awek-awek yang suruh 'komen my pic please' . saya pun tak nak girlfriend saya jadi foto freak.

Dia bukan orang yang sesuai untuk awk.

-saya tau la sebab tu saya komplen sekarang ni.

Masa saya dengan Juliana mula-mula jumpa dulu pun....

-Eh, kita tengah cakap pasal sapa ni?


Saya harap saya masih single sekarang ni ..

-betul ke? cuba clash dengan gf awak sekarang jugak , boleh?


Lepas ni awk pulak ( kahwin)

-Ni hina ke apa ni?

Nanti kalau awak ada pasangan sekarang , ganggu study karier awk.

-umur saya dah 32 . sepanjang 10 tahun lepas takde pun perempuan yang ganggu karier saya.

Tapi awk sangat cantik. takkan la takde yang nak?

- Kecantikan tak janjikan semuanya.



Kalau ada kawan yang mengadu pada korang bila diorang baru lepas clash ataupun dah lama single ,

Apa pulak janji-janji dan kata-kata manis korang ye???





Marc Anthony » My Baby You

Marc Anthony » My Baby You

as i look into your eyes
i see all the reasons why
my life's worth a thousand skies
you're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
know you'll never be alone
[chorus:]
my baby you
are the reason i could fly
and 'cause of you
i don't have to wonder why
baby you
there's no more just getting by
you're the reason i feel so alive
though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground

[repeat chorus]
i will soothe you if you fall
i'll be right there if you call
you're my greatest love of all
[repeat chorus]
arianna i feel so alive

Shanghai World Expo 2010


Macau

Germany

Romania Pavilion: Green Apple


UK Pavilion: Unique, Creative But Costly


Singapore Pavilion : Music Box

Poland Pavilion: Awesome!!


Korea Pavilion: design by Mass Studio


Malaysia Pavilion: 1Malaysia..minangkabau style..

May 2, 2010

Kau Tercipta Untukku

Kau Tercipta Untukku
www.iluvislam.com
oleh : che_iqa
Editor : doraemong13




Adam,
Kau tercipta untukku,
Tulang rusukku ada padamu,
Janganlah kau sakiti akan diriku,
Belailah aku dengan sikap kesabaranmu.

Adam,
Kau tercipta untukku,
Sayangilah aku,
Bimbinglah akan daku,
Aku wanita lemah ingin seorang pembimbing akan diriku.

Adam,
Kau tercipta untukku,
Jika suatu hari nanti takdir menentu,
Kita akan bersatu menuju kejalan lurus yang satu dengan akad nikah yang jitu.

Adam,
Jika suatu hari ajal maut menunggumu,
Ku redha dengan ketentuan itu,
Ku pasti ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku,
Kerana diriku sudah dibimbing oleh mu.

Untuk Bundaku Tercinta

Untuk Bundaku Tercinta
www.iluvislam.com
Dihantar oleh : ukhti-fika
Editor : arisHa27



Setiap saat ku lalui hidupku bersamamu ibunda,
Ku rasakan ketenangan dan kenyamanan,
Menyusahkan dirimu menjadi kebiasaan,
Namun kau tetap tersenyum riang.

Saat ku masih kecil,
Ku ganggu tidurmu dengan tangisan nakal ku,
Ku sibukkan harimu dengan merawatku,
Namun kau tak pernah mengeluh.

Dan disaat ku beranjak remaja,
Di saat ku sedang mencari jati diriku,
Kau selalu hadir dengan ketegasanmu,
Yang kau balut kasih sayang dan cinta kepadaku.

Namun saat ku beranjak dewasa,
Aku mengecewakanmu,
Ku musnahkan impianmu,
Namun kau tetap tersenyum padaku.

Padahal ku tahu hatimu menangis,
Kau begitu hebat bunda,
Kau biarkan hatimu menangis,
Hanya kerana kau tak mahu melihat diriku bersedih.

Melihat diriku terpukul dengan kegagalanku mewujudkan impianmu,
Dari kecil hingga dewasa tak pernah sekalipun permintaanku kau abaikan,
Dan keinginanku selalu kau kabulkan,
Namun satu impianmu tak bisa kuwujudkan,
Maafkan aku bunda.



Ya ALLAH…
Panjangkanlah umur bundaku,
Kerana ku masih membutuhkannya,
Ku ingin mewujudkan impiannya,
Walau diriku pernah mengecewakannya.

Ya ALLAH...
Hambamu memohon kepadamu,
Jikalau engkau memanggil bundaku tercinta,
Ku mohon padamu Ya Rabbi,
LindungiLah bunda dari api siksamu,
Seperti dia melindungiku selama ini.

Dia membesarkanku dengan izinmu,
Dan disaat kau panggil bundaku,
Kumohon izinmu Ya Rabbi,
Untuk bundaku memasuki syurgamu.

Bunda…
Sekarang Kau telah pergi tuk selama-lamanya,
Namun anakmu masih tak bisa memberikan apa-apa,
Baik buatmu bahagia ataupun bangga,
Dengan anak-anakmu tercinta.

Bunda…
Ku tahu engkau pergi dengan tenang,
Amanah Yang maha Kuasa telah kau tunaikan,
Menuntun anakmu menjadi idaman.

May 1, 2010

Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil

Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil
sumber: www.iLuvislam.com
kredit kpd penulis..

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.


Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

Merangsang untuk melakukan dosa besar. Jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan yang dilihat oleh matanya, ciuman atau sentuhan dalam pergaulannya.

Ibarat titisan air yang terus menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras, maksiat dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat: "Tidak ada dosa kecil jika terus menerus dilakukan. Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar." Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, bagi Allah ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya, dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah murka hingga hari kiamat. Seperti Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah dalam keadaan diredai. Demikian pula ada kalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)







Berasa aman daripada azab Allah.

Orang yang sentiasa melakukan dosa kecil beranggapan dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang, dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah sudah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput daripada pemerhatian dua malaikat pencatat amal. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan diletakkan kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun."
(Surah al-Kahfi, ayat 49)


Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta-merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya. Selepas puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah kepada makhluknya. Namun demikian, masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: "Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan seksa yang menimpa diriku." Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan libasan pedang maksiat. Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman daripada perbuatan maksiat dalam firman Allah yang bermaksud:

"Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu? Cukuplah bagi mereka Jahanam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah al-Mujadilah, ayat 8)



Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa seperti mana disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa besar." Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan, maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu? Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu berbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati. Selagi mana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah. Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadat zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain? Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti. Semua itu adalah akhir daripada rentetan panjang sejarah dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tidak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut. Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya.

cara2 untuk cover malu..:)

1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..~


2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...~


3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...~


4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....~


5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....~


6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....~


7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....~


8. Kalau terjatuh depan makwe: cakap kat makwe tu keranamu ayang abang sanggup jatuh sebab tak mau ayang jatuh tersepak batu atau tersandung tunggul tunggu kat depan tu... tentunya si makwe terfikir betapa kasih dan sayangnya abang aku kat aku yang penting muka kontrol macho..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...