ANDA PELAWAT KE

Aug 19, 2011

SAYA SEGAK BERBAJU MELAYU







Ada contest lagi..aku rasa seronok pulak join benda ni..






sape nak join,klik:












dan ikut arahan selanjutnya tapi kena join b4 10 terakhir ramadan taw..






ni baju raya tahun lepas..dan diambil ketika hari kuliah terakhir ketika kat kampus aku.


kita orang satu batch pakat pakai baju raya..macam2 warna ada.. seronok giler macam raya pulak!


Lelaki dikatakan 'macho' bila pakai satu set baju melayu + samping + songkok..tapi aku tak..biasa2 jer..


baju ni pun mak aku sendiri yang jahit dan paling best satu famili pakai biru time raya ari tu..



dah..selamat hari raya dariku!?!

Aug 17, 2011

Join Kontest Mini Komuniti Blogger!!



aku saje je join mencuba nasib bulan puasa ni..

maklumat lanjut tentang ''kontest mini'' ini bole baca sendiri kat banner di atas ok..



thanks..

REVIEW BUKU ZAHIRIL ADZIM -: BOGEL MENUJU TUHAN



Salam Nuzul Qur'an : Ramadhan ke 17..

Hari ini terasa nak tulis something pasal Buku BMT ni.
Sebenarnya ada catatan yang dia tulis,aku pernah ikuti dan baca di blognya http://zahiriladzim.blogspot.com.

Setelah lama membelek, membaca, menghayati dan termenung, akhirnya aku berjaya membuat kesimpulan bahawa Zahiril Adzim ataupun Daim dalam Drama Juvana TV3 adalah manusia yang dilahirkan pemikiran yang hebat. Bukan aku nak kata dia pandai bercakap tapi dia bijak mezahirkan pemikirannya melalui tulisan-tulisan sajak dan catatannya dalam buku pertama karyanya. Tapi tidak semua yang boleh buat orang puas hati dengan apa yang kita usahakan.

1. Mula-mulanya aku tertarik dengan KATA AWALnya..:
"Apa jalan yang kau nak dalam hidup''

walaupun ringkas tapi agak benar sebab mula-mula mestilah kita tanya diri kita apa yg kita nak dalam hidup kan..

2. Bukunya tak setebal buku novel yang laris di pasaran tapi buku ini sarat dengan mesej-mesej pemikiran anak-anak muda yang ada 'aim' dalam hidupnya. Walaupun sepuluh kali kita baca, agak sukar untuk kita faham apa yang dia tulis. Tapi ada jugak yang kita faham terus sebab dia menggunakan 'words' yang biasa dengar.

3. Ya betul,dalam banyak2 artis atau penggiat seni di tanah air, ZA lebih mementingkan aspek seni dari aspek komersialism.

4. Antara menjadi kegemaranku dalam naskah ini:
-Karut-karut yang karut
-Bogel Menuju Tuhan
-Kita Peniru Profesional
-Tulis itu bogel
-Memilih dan dipilih
-COPYCAT
-dan banyak lagi,tak larat nak tulis.

5. Reka bentuk dan design yang menarik di mana hampir setiap helai adanya gambar ZA. Bila kita baca mesti kita nampak gambar ZA. Seolah-olah dia menemani setiap helaian yang kita baca.

6. Buat la lagi buku..okay! Tak rugi membelinya..

HARAPAN: Tahniah ZA dan semoga tidak gagal dalam pemerintahan hati,diri dan emosi. Semoga sukses dan tidak pernah berhenti berkarya. Teruskan!

-dakwat habis-







Aug 12, 2011

'UCAPAN AIDILFITRI: DARI SAYA UNTUK EQBALZACK'

http://www.eqbalzack.com/2011/08/giveaway-aidilfitri-jom-join.html










Assalamualaikum Bro EqbalZack!!


Nak berpantun boleh tak Bro??








Pergi ke kedai membeli lada,


Lada dibeli di kedai Pak Abu,


Membeli kad raya duit takda,


Ucapan ini saja yang kumampu.




Ketupat, rendang ,sate dan lemang,


Menjadi sajian di hari lebaran,


Blogger popular di laman sembang,


Itulah abang EqbalZack yang tampan.




Meriam buluh jangan dibakar,


Kalau dibakar putus jari jemari,


Saya blogger yang baru belajar,


Melawat blog orang setiap hari.




Lampu pelita menghiasi malam,


Aidilfitri disambut penuh ceria,


Terima kasih penutup salam,


Semoga bahagia di hari raya.












Kecik-kecik nak jadi oltromen,



Sudah baca harap comment!













selamat menyambut hari raya aidilfitri





maaf zahir dan batin :D!











Aug 4, 2011

Jagalah HATINYA dari HATInya :D

Boy : Tolonglah saya betul betul cintakan awak,terimalah saya
Gulz : Maaf saya bukan menolak awak tapi saya tak boleh terima awak selagi awak tak nak khawin dengan saya
Boy : terlalu awal untuk khawin,lagipun perlukan duit yang banyak,lagipun kita muda lagi,so kita couple je,saya tak kan usik awak.
Gulz : sekarang memang la awak kata takkan usik saya tapi saya takut iman kita tak kuat dan akan buat benda yang tak berfaedah.
Boy : Saya janji saya akan jaga awak elok elok,saya betul betul cintakan awak
Gulz : maaf saya dah kata kalau awak cintakan saya khawin dengan saya,tak ade istilah bercinta sebelum khawin,dan lagi satu kalau awak tahu dah tak de duit jangan nak gatai gatai nak bercinta,saya taknak kecewakan hati KEKASIH saya
Boy : KEKASIH awak?
Gulz : ye KEKASIH saya,hati DIA lagi penting dari hati awak,biarlah awak kecewa asalkan bukan DIA,saya tahu DIA sentiasa sayangkan saya,KEKASIH saya ALLAH,Tapi awak akan jadi kekasih saya bila awak nikahi saya..maafkan saya..
Boy : mmm....

Jul 28, 2011

REZEKI














Tajuknya Rezeki. Ringkas. Malas nak tulis panjang-panjang. Takut ada yg tak faham.










Syukur usia blogku hampir mencecah ke angka tiga bukan tiga angka walaupun tak banyak entrinya.



Itu hanyalah sekadar intro.


Harus percaya kepada rezeki. Ada yang lambat, ada yang cepat. Apa yg lambat? Apa yg cepat?



Sebagai contoh, ada antara kita yg dapat pekerjaan dengan cepat,belum habis belajar sudah ada kompeni besar offer kerja. Rezeki murah. Tapi ada yg sampai dua tiga tahun grads masih menganggurkan diri mereka. Kesian kat kerajaan yg bersusah payah untuk mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia. Harus disekat tanaman anggur di Malaysia terutamanya di tanah tinggi Cameron tu. Ada ke?


Tapi harus diingat, jangan percaya saja tanpa usaha untuk memajukan diri. Ya,memang benar dan tak boleh dinafikan bahawa Allah itu Maha Adil mencurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya. Cemburu kepada kawan-kawan yg dah dapat kerja bagus tapi percayalah mungkin ada rezeki yg lebih baik yg Allah sediakan untuk kita tapi kita tak tahu waktunya bila.


U-Usaha.



B-Berdoa.



A-Amal.



T-Tawakal.




UBAT yg paling mujarab sekali.


Insyaallah. Amiin.



suka membaca blog http://zahiriladzim.blogspot.com/





-sori.dakwat habis-













Kembali menitipkan ayat-ayat hati

selamat menulis kepada diriku..

tahniah kerana semangat untuk menulis sudah kembali.
tidak perlu berputus asa kerana hidup sebagai manusia perlu diteruskan demi tanggungjawab kita yang tak pernah selesai.
harap apa yg dititipkan di sini dapat membuka minda diriku dan pembaca sekalian alam.

itu saja.
nantikan kemunculannya.

belum lagi habis ayatnya.

oh..mungkin ada yg tertanya-tanya tentang nama blog ku ini..
jangohjang..dipetik dari lagu jang oh jang nyanyian Ramlah Ram. oh silap! sumpah,tak ingat!
(Sila google sendiri..)

kalau bloggernya perempuan kemungkinan nama blognya "jahohjah"kan..

tak nak merepek-repek lagi..
'merepek-repek' ada dalam kamus dewan ke??
ini pun perlu rujuk sendiri...

sudah.dakwat nak habis.

assalamualaikum!!

Mar 27, 2011

Cakap – cakap PRN Sarawak


1stly, sapa-sapa tak suka cerita politik..sila jangan baca entry ni. Sebenarnya aku pun malas sangat nak tahu hal-hal politik. Saja2 nak share kan kan..Kalau nak baca jugak,bacalah aku tak kisah..kepada yang nak membaca teruskan..bukan panjang pun.terima kasih!!


Semua orang dah tahu dan ada yang tak tahu lagi bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 16 April ini bersamaan dengan hari Sabtu sebagai tarikh pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10.


Terasa bangga sebab Sarawak merupakan satu- satunya negeri di Malaysia yg mengamalkan pilihanraya negeri sendiri jika dibandingkan negeri-negeri lain.


Sekarang semua yg terlibat sibuk memilih calon-calon yg dikatakan sesuai untuk diletakkan untuk kerusi masing-masing. Sebanyak 71 buah kerusi direbutkan kali ini yang agak hangat diperkatakan di media-media terutamanya TV3 yang ada program tv sendiri iaitu ‘SAYANG SARAWAK’ sempena kempen pilihanraya kali ini.


Harapan untuk kali ini,pilihlah calon yang benar-benar berjuang untuk kebajikan rakyat bukan untuk kebaikan parti semata-mata dan jangan cepat terpedaya dengan mereka yang bijak berkata-kata tapi tidak menunaikan apa yg dijanjikan. Jangan mengundi berdasarkan parti semata-mata,undilah calon yang benar-benar layak.


Pilihanraya kali ini dikatakan akan mengalami perubahan yg agak besar di mana mereka meletakkan calon-calon muda untuk bertanding dan yang pasti pemerintahan TM tidak lama lagi akan berakhir.


Kejayaan pilihanraya negeri Sarawak ini menjadi kayu ukur kepada pihak kerajaan terutamanya untuk mentadbir Negara.


Selamat mengundi.


Sayang Sarawak.

Sekian..

Mar 6, 2011

Surat Seorang Remaja Kepada PM

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!

Feb 13, 2011

Anwar Hadi


Seriously, aku suka kesemua video-video beliau di youtube. What can I say, Anwar Hadi merupakan seorang yang hebat!!

Jan 30, 2011

KUIH TRADISIONAL MASYARAKAT SARAWAK




..kuih jala..



..kuih sepit..


..kuih selorot..


..kuih dibuat from kelapa..

-- Kuih penyaram --



..kuih tongkol..



kuih tongkol dijual di pasar minggu

..kuih cap/loyang..

Jan 26, 2011

Tong Hua (童话) Full Chinese Cover by J Rice and Jason Chen




lagu best jugak...layan..!!

TAXI - ANGKUBAH



lagu yg aku suka dengar..best2..

Jan 11, 2011

BANJIR DI SARAWAK I 11.1.11

1,000 penduduk dipindahkan akibat banjir di Sarawak


2011/01/11
KUCHING: Lebih 1,000 orang daripada 250 keluarga di sini dipindahkan ke lima pusat pemindahan hari ini beberapa kawasan di sini dan di Bau selepas dilanda banjir akibat hujan sejak malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Negeri berkata, lima pusat pemindahan yang dibuka ialah Dewan Sinar Budi, Dewan Stapok, Balai Raya Taman Desa Wira, kawasan tanah tinggi di Kampung Batu Kitang dan Kampung Tengah Sungai.


Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata, taburan hujan yang luar biasa menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kuching dan Bau ditenggelami air sehingga satu meter.


"Biasanya pada Januari, Bahagian Kuching menerima taburan hujan antara 600 hingga 700mm tetapi semalam, dalam tempoh sembilan jam sahaja, taburan hujan mencecah 300mm. Keadaan ini dianggap tidak normal.

"Sekiranya hujan berterusan pada malam ini, ia akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri meninjau keadaan paras air Sungai Sarawak di Loji Rawatan Air Batu Kitang di sini.

Setakat ini, beliau berkata tiada sekolah ditutup berikutan banjir yang melanda Kuching.
Beliau berkata, hujan "peringkat kuning" iaitu hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa dijangka berterusan bagi tempoh beberapa hari akan datang dan ia mungkin memburukkan keadaan.

"Kita bimbang banjir yang lebih buruk akan berlaku pada minggu depan, iaitu dari 20 hingga 24 Jan, jika berlaku fenomena air pasang besar. Jika hujan lebat berterusan dan diikuti dengan fenomena air pasang besar, banjir akan berlaku," katanya.

11.1.11 | AirAsia siasat insiden pesawat terbabas

AirAsia siasat insiden pesawat terbabas


2011/01/11
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, akan melakukan siasatan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung kejadian pesawatnya yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semasa hujan lebat malam tadi.

Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan. Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat. Semua 123 penumpang pesawat penerbangan AK5218 dari Kuala Lumpur dipindahkan dengan selamat.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital untuk pemerhatian sebelum dibenarkan keluar.

Penerbangan AirAsia dari Kuching yang terjejas akibat insiden itu adalah AK6036 (ke Kota Kinabalu - 6.10 pagi), AK5203 (ke Kuala Lumpur - 6.15 pagi), AK6562 (ke Bintulu - 6.20 pagi), AK6526 (ke Bintulu - 8.35 pagi) dan AK5201 (ke Kuala Lumpur - 9.35 pagi).

Penerbangan lain yang terjejas adalah AK6673 (ke Singapura - 9.50 pagi), AK5843 (ke Johor Baharu - 10.30 pagi), AK6546 (ke Miri - 11.10 pagi), AK5205 (ke Kuala Lumpur - 11.55 pagi), AK6505 (ke Pulau Pinang - 12.20 tengah hari) dan AK5207 (ke Kuala Lumpur - 1.55 petang).
Penumpang AirAsia yang terjejas akibat penutupan lapangan terbang berikutan insiden itu dinasihatkan menghubungi talian +603-2614 2999 dengan kata laluan 1231 10111. - BERNAMA

Jan 3, 2011

WELCOME 2011!!!

Tidak terlewat untuk aku mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2011..

Lama dah tak update blog,rindu pulak rasa gara-gara KEMALASAN n KESIBUKAN aku sejak kebelakangan ni.. Sebenarnya,lama dah teringin nak update tapi oleh sebab macam2 perasaan ada sampai luluh hati nak update blog sebab KEKERINGAN idea nak menulis..


Bercakap tentang tahun baru,semua orang cakap pasal AZAM BARU...Aku?? Perlu ke nak berazam baru,padahal azam2 tahun lepas banyak tertunda..kan kan.. Anyway azam baru aku adalah::



maaf tiada azam baru untuk aku tahun 2011 ni cuma,nak dapat kerja cepat2 right after praktikal or konvo..nak merasa duit sendiri kan..kalau ada income sendiri boleh belanja family kan..

azam lain?? azam lain aku rasa sama je dengan tahun lepas..tiada apa2 perubahan drastik untuk awal2 tahun gini..just wait n see..

korang pulak mesti nak kahwin cepat, nak g melancong, nak dapat result gempak..dan lain-lain..
anyway, hope tahun 2011 ni memberikan seribu satu kenangan yg paling indah iaitu KEBAHAGIAAN n KEJAYAAN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...