ANDA PELAWAT KE

Nov 22, 2010

Yuna - Cinta Sempurna








Best From Yuna 2010..I like!!





Yuna - Cinta Sempurna


Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh


p/s: t i a d a m a n u s i a s e m p u r n a ..




VIDEO LINK:: http://bit.ly/doRTsy




Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan Spesial

Ketika Cinta Bertasbih (KCB) Spesial Ramadan, merupakan drama sinetron karya Habibulrahman el Shirazy. Ia merupakan kesinambungan kepada penamat KCB 2, filem yang berasal dari karya novel Kang Abik sendiri. Secara mudah ia mudah dikategorikan karya cinta islami, namun ia penuh dengan beberapa nasihat dan inti permasalahan kehidupan yang cuba dicungkil Kang Abik.

Tidak sekadar berteraskan kepada keretakan pasca perkahwinan yang ditonjolkan menerusi watak Abdullah Khairul Azzam dan Anna Althafunisa. Drama bersiri 56 episod ini juga membawa beberapa tema penting dalam kehidupan, antaranya penghijrahan mereka yang pernah tersilap langkah dari sudut yang berbeza, ditonjolkan menerusi watak, Aprilia, Alvina Puspitasari dan Ronald.

Tema keangkuhan dan kesombongan juga dibawa menerusi watak Haji Samingan, Pak Busro dan Bu Maylaf. Jelas Kang Abik cuba membawa beberapa contoh dan menawarkan penjelasan kepada masyarakat dalam permasalahan ini. Karya ini juga membawa masyarakat merenung kehidupan komuniti pengemis yang terdiri dari kanak-kanak di Indonesia saat Sarah hilang di Semerang. Di sini, elemen kemiskinan dan kurangnya segmen masyarakat ini memahami dan jauh dari hidayah amat ditonjolkan, mengusik rasa syukur bagi mereka yang beroleh hidayah.

Namun, kemuncak kepada segala tema kehidupan ini sudah pasti dimainkan dua watak paling utama, iaitu Azzam dan Anna selaku teraju utama Pesantren Darul Quran, setelah pemergian Kiyai Lutfi ke Mekah. Cabaran yang dibawa Azzam, seorang pemuda yang terpaksa menguruskan Pesantren di usia muda, berdepan permasalahan masyarakat, dalam masa sama mengurus perniagaan, mengurus kebajikan adik-adik, dan yang pasti berusaha menstabilkan suasana rumah tangga yang dipalit sikap prasangka, cemburu, dan fitnah.

Manakala watak Anna memainkan tema paling penting dalam kehidupan, iaitu pergantungan secara mutlak kepada Allah swt, serta mendahulukan cinta kepada Allah swt jauh melebihi segala yang dikasihi di dunia. Plot cerita yang disusun dengan baik membolehkan penonton merasai nilai pengorbanan kerana cinta pada Yang Maha Esa. Sudah pasti penampilan Kang Abik sebagai Ustaz Mujab, adik Kiyai Lutfi dalam drama ini merupakan elemen penting sebagai penasihat dalam menangani segala masalah yang ditonjolkan sepanjang drama ini dipertontonkan.

Lebih menarik apabila ia diselesaikan dengan mengambil teladan dari kehidupan Baginda Nabi Muhammmad saw dan ayat-ayat Allah dalam al Quran. Secara tidak langsung ia menyampaikan dakwah dan mengajar masyarakat untuk melihat kehebatan pribadi Baginda Nabi Muhammad saw. Perwatakan Husna sebagai graduan dalam bidang psikologi juga digunakan untuk mengajar masyarakat supaya menyelesaikan masalah dalam keadaan tenang dan tidak emosi, elemen penting bagi pendakwah untuk memahami sunnatullah sikap manusia.

Di sebalik segala mesej dan tema yang dibawa menerusi drama ini, lebih cantik apabila, hampir 95% watak di dalam drama ini menjaga syariat dengan baik. Amat sedikit pelakon yang mebuka aurat, hampir tiada keadaan berpegangan tangan dan seumpamanya terutama pada watak-watak utama drama ini. Sudah tentu wujudnya penasihat hukum dalam drama ini memberi hasil yang sebaik ini.

KCB Spesial Ramadhan, tidak sekadar berjaya membawa tema-tema kehidupan yang penting dan solusi kepada permasalahan masyarakat, dalam masa sama ia berupaya menampilkan teknik lakonan yang mantap dalam masa sama menjaga syariat. Diharapkan ia permulaan yang baik dalam membentuk komuniti karyawan dan pelakon mukmin yang menggunakan lakonan sebagai dakwah, bukan memanfaatkan lakonan watak dakwah untuk keuntungan.

Dalam keadaan mana sekalipun, KCB Spesial Ramadhan ini hanya akan dapat diperolehi matlamatnya apabila penonton jelas apa yang ingin diperolehinya menerusi drama ini. Semoga yang diperolehi itu ilmu dan teladan kehidupan.

Nov 14, 2010

..BERFIKIR SEJENAK..



...ahad,14/11..
"Ambillah waktu untuk BERFIKIR, itu adalah sumber KEKUATAN. Ambillah waktu untuk BERMAIN itu adalah rahsia dari MASA MUDA yang abadi. Ambillah waktu untuk BERDOA, itu adalah sumber KETENANGAN. Ambillah waktu untuk BELAJAR, itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN. Ambillah waktu untuk menCINTAi dan dicintai, itu adalah hak ISTIMEWA yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk BERSAHABAT, itu adalah jalan menuju KEBAHAGIAAN. Ambillah waktu untuk KETAWA, itu adalah MUZIK yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk MEMBERI, itu adalah membuat hidup terasa BERERTI. Ambillah waktu untuk BEKERJA, itu adalah nilai KEBERHASILAN. Ambillah waktu untuk BERAMAL, itu adalah kunci menuju SYURGA."

Nov 13, 2010

berkorban demi apa saja..




salam AIDILADHA..


di sini aku ingin menganbil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...


ehh..silap2...maaf yea..




SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..


SEMOGA PENGORBANAN YG KITA LAKUKAN SELAMA INI DIBERKATI ALLAH..


Amiiinnnnnnnnnnnnn!!!




Hulurkan tangan ringankan beban....


selamat menyembelih dan jangan lupa steady studi yea...


Hati2 balik kampung..ingatlah org tersayang...




bye..:P!!


...Nak sembelih apa ye taun ni??...




Nov 11, 2010

HASUTAN DEMI HASUTAN.. NASIHAT DEMI NASIHAT..

Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

p/s :untuk peringat penulis blog dan pembaca2 sume..

Nov 9, 2010

10 Tabiat Rosak Otak..

1. Tidak mengambil sarapan pagi

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

-musz: tidak elok dibiasakan utk memilih tidak bersarapan terutamanya students..

2. Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

-musz: makan biar bersederhana..jgn amik makanan yg terlampau berat terutamanya waktu breakfast..

3. Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

-musz: rokok membahayakan kesihatan anda & org sekeliling anda..katakan tidak pada ROKOK!!

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

-musz: kurangkan gula dlm makanan&minuman,bykkan senyuman :D!!

5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

-musz: gunakanlah topeng mulut kalau ada..kalu x de,jgn mencemarkan udara kita!!

6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

-musz: tidur yg banyak juga membuatkan badan kita menjadi penat dan MALAS!!

7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

-musz: biarlah kita bernafas dalam keadaan yg selesa walaupun dlm tidur..

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

-musz: jangan abaikan masa rehat anda..gunakan sepenuhnya!! Makanlah ubat yg disyorkan jika sakit..

9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

-musz: berfikirlah apa saja demi menjaga otak anda..explore byk dkt google..

10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

-musz: banyakkan berinteraksi dgn kawan2,walaupun dgn chatting or face-to-face communication..bykkan bertanya!!

utk kawan2 ku sekalian..

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum w.b.t…

Coretan kali ini khas ditujukan kepada rakan2 seperjuangan dan sepermainan yg aku kasihi, tak kira jauh dekat,lelaki ataupun perempuan…

Sebelum aku memulakan ‘karangan ‘ ini, bagi sesiapa yg tidak berniat atau tidak berkeinginan untuk membaca tulisan ini, aku tak kisah janji ada jugak yang sudi melayan apa yg aku luahkan di sini..

Terima kasih..

Nak start dengan apa ya??

Terlebih dahulu, aku nak mintak bejuta-juta (sebenarnya x terkira) kemaafan atas segala kesilapan, kekurangan, kekhilafan yang aku pernah lakukan sepanjangan kita bersama. Aku tahu dan korang pun tau kan yang aku ni agak sensitif dan mudah tersentuh..maaf ya okey!! Sekiranya aku ada termarah sini sana,ter’emo’ ke…maaf sekali lagi..dah menjadi lumrah seorang manusia yg tak pernah puas dengan apa yg dilakukan dan tak da manusia sempurna dengan segala-galanya..

Mintak maaf jugak kiranya aku ter’post’@ter’comment’ yg korg x suke gamba2 yg ade kat fb aku@fb kwn2 lain..yg mbuatkan korg menyampah@tersakit hati ke..sorryyyyyyyyyyyyy!! jgn remove aku dlm FB sudah..!!

Apa yg aku harapkan,korang maafkanlah aku,,,terutamanya ‘boy friends ‘aku , Hilmi, Naz, Quddus, Bukhari, Duwea, Fareez, Fawwaz,Taufiq, Anip, Faiz, Zaid, Man, Zam, Dafee(sory agk byk dosa kat ko,even ko tua dr dr aku..), Syafiq,Koden,Pudean,Madi..(hope xde nama yg ter’miss’ )

& my ’girl friends’…yg agak ramai..& yg aku akan ku listkan nama dalam hati jer (refer list name)…

Even aku baru nak start kenal dgn kwn2 perempuan,terima kasih..harap x sampai sini jer..

Jage maruah diri,keluarga n agama..carilah suami yg sempurna utk korg,boleh mbimbing korg ke arah lebih baik..amiin,.

Honestly…korang sahabat2 yg terbaik yg pernah aku jumpa dan aku dah anggap sebahagian dari family aku..daripada aku kosong dulu,sekarang aku dah byk blajar dr korang sume n aku nak belajar lagi byk dr korg sebenarnya..

“Sharing moments with friends is the best part in my life beside sharing moments with my family (my family also my friends)…I’m really appreciate it, thanks for making my life beautiful..”

Korang la kawan2 dari semenanjung yg pernah aku kenal…(except afini sheriza,my x-kml mate)..

Dan ada sebahagian daripada korg yg cakap,aku ni 1st jd kwn yg dtg dr saghawak (mcm pelik je spelling ni).tq sudi jd kawan aku..

Terima kasih tak terhingga kerana sudi mewarnai hidup aku..sebenarnya, dekat sini aku baru aku tahu pentingnya sahabat dalam hidup..penting sangat2..thanks u guys..!!

Ermmmmmmm…

Oh ya!! Halalkanlah segala apa yg aku buat selama ni,termakan,terminum,terambil,tercuri (if any), terpinjam dan segala-galanya ter… ter’sakit’ hati ke..sorry u guys!!

& aku maafkan korang sume…jgn risau..

Every memory that we have created before make us becomes closed together as a one family and also make us becomes more matured in thinking…(sorry my English is so broken..but I’m try,still in learning process,yea...)

HARAPAN:

Aku harap kita sume jgn sampai ter’lost’ contact n takkan runtuhnya sesebuah persahabatan yg kukuh dibina melainkan dgn kuasa Allah yg memisahkan kita semua..sayang sume..

Sebenarnya aku x nak abiskan dulu cerpen aku ni sbb aku byk bnde nak ngomong di sini..haha

Sape2 yg dh de couple tu..ehemmm..cepat2 lah kawen,nak merase jugak nasi minyak korg yea..

Semoga bhgia bersama couple masing2,jgn melampaui bts yea..bahaya..!!(korg pun tau dh ..)

Harapan seterusnya…bile korg dh bekerjaya, bergaji besar,pangkat pun besar, jgn lupe kat org tua, jgn lupe kat kwn2 usim ni,,,aku doakan korang memperoleh apa yg aku cakap ni..amiin..sejahtera n selamat!!

Terima kasih kpd kwn2 aku yg sudi membawa aku jalan2 sekitar semenanjung ni..i’m appreciate it!!TQVM!! best r jln2…jgn jemu jmput aku dtg rumah korg..terkabul doa aku dpt keliling 1malaysia,impiuan aku sejak kecik lagi..

Kenangan demi kenangan yg kita cipta,pasti akan meninggal kesan kpd kita..

Aku rasa nak stop sini dulu,sebab penat jugak menaip ni sebenarnya…

Sorry, buang masa korg je bace bende yg merepek ni…

Thanks a lot sudi bace…

Jangan lupe aku okeis…

Wish u luck in whatever u do..!!

Dariku yg x seberape,

..akim _musz,Sarawak….

……………………………………………::.::.::.::.::…………………………

Nov 2, 2010

Awaken by Maher Zain

we are frens forever!!!
















Walau kita akan berjauhan nanti,


kita tetap kawan buat selama-lamanya....

walau kita membawa haluan masing2 mengejar cita-cita,

kita tetap kawan hingga ke akhirnya...


walau kita merasa perit untuk berpisah,

kita tetap kawan buat selama-lamanya...




walau kita merasa bahagia sekarang,


we still be friends forever...




andai madah lancang berkata,


kita tetap kawan kan..







andai kita pernah bermasam muka,


lupakan saja,





lumrah dalam berkawan..



setiap yg pahit itu ada manisnya..


seperti daun sirih yg pahit,


namun boleh dijadikan penawar..


setiap keriangan dan kebahagiaan yg kita pernah nikmati

akan aku hargai selalu..



setiap air mata yang mengalir,

pasti ada hikmah di sebaliknya...

jika kau merasa sedih,
ingat daku selalu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...