ANDA PELAWAT KE

Aug 31, 2010

Tudung berbeli-belit…







Sekarang macam-macam jenis tudung or shawl yg jual kat kedai..melambak-lambak..memang trend sekarang kot..macam2 jenis shawl ada..tudung Ekin la, tudung Siti la..macam2 la,,murah ade,mahal pun ada. Dah dekat raya ni mesti ada yang jual tudung x sampai RM5 SEHELAI…aku pun tak boleh nak elaborate kat sini coz aku tak pakai..

Yang menjadi halnya, yang berbelit-belit tu,perlu ke? Kalau cantik pandangan mata tak kisah la..
Aku sebagai lelaki aku suka tengaok girl yang pakai simple but nice..dan tak keterlaluan.. simple2 sudah.. 1 lagi akau nak story kat sini..aku memang suka girl yg pakai jubah hitam..tak tahu kenapa? X perlu tahu kenapa..sebab nampak manis je..

Kalau difikirkan balik,org pompuan kalau make up je dh amik 2 3 jam..nak pakai tudung yg berbelit-belit nak amik masa jugak ke? Tapi aku rasa ada jer tudung yang berbelit tu,x amik masa yang agak lama nak pakai…

Kepada wanita-wanita di luar sana..ikhlaskanlah diri menutup aurat k,jgn tudung kat kepala je.. lagi satu biarlah bersederhana dalam berpakaian dan tak salah pun nak bergaya sekali-sekala…





Salam ramadhan…

Merdekakah kita?




Hari ni genap 53 tahun sudah MALAYSIA merdeka…tapi aku tak rasa pun cuti merdeka ni betul-betul merdeka sebab aku rasa macam cuti sabtu ahad je.. ntah,,,aku tak tau.. dulu masa kat sekolah,bukan main meriah lagi sambut merdeka..macam2 aktiviti yg dibuat..tapi tinggal kenangan je semua tu..




Minggu lepas , if i’m not mistaken..(x sure bila )..gempar seluruh negara tentang penghinaan geng BENDERA yang kecoh kat Indon tu membaling najis kat bendera Malaysia..JALUR GEMILANG..dorang ni memang nak carik nahas sehingga kerajaan dorang mintak maaf kat Malaysia..
Kenapa la boleh jadi macam tu..kita kan berjiran.. aku tak nak salahkan sapa2,or nak comment lebih2 pasal ni sebab aku tak suka hal politik2 ni..politik ke?? Isu Negara sejagat kan..aku pun kene amik tau jugak.. yang penting kita kene cari jalan perdamaian antara pihak yang terbabit. Sekiranya arwah yang mencipta JALUR GEMILANG tu masih hidup,mesti kecewa dan sedih giler…

Kenapa benda ni boleh terjadi? Tak perlu tanya kenapa…tak penting. Pandai2 la kerajaan nak overcome macam mana..sedangkan kita sekarang tengah menyambut MERDEKA…




SALAM MERDEKA..


Aug 30, 2010

inilah malaysia




Telah begitu lama,

Mata melihat

Telah begitu lama

,Lidah - lidah berkata

Telah begitu lama,

Telinga mendengar

Ku mendahuluimu ,benarkah aku?

Kau mendahuluiku,benarkah kamu?

Mengapa tidak kita berlari bersama?

Berdiri berfikir bertindak sebagai satu

Bukan menolak resam

Bukan menolak asal usulmu

Semua untuk satu dan jelas satu untuk semua


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami demi mencapai cita - cita negara berdasarkan atas prinsip - prinsip berikut.


Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja & Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang - Undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Mengapa tidak kita berlari bersama

Berdiri berfikir bertindak sebagai satu

Bukan menolak resam,

Bukan menolak asal usulmu,

Semua untuk satu dan jelas satu untuk semua

Aug 25, 2010

Merdekakah kita??






Tinggal beberapa lagi lagi kita membilang hari,mengira detik untuk menyambut tarikh keramat hari kemerdekaan negara. Dalam sedar ataupun tidak, sambutan kemerdekaan negara kita agak lesu walaupuin hanya beberapa hari lagi menjelang tarikh keramat. Adakah ia disebabkan sambutan kali ini amat berbeza kerana disambut ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dan ibadah- ibadah sunat yang lain seperti tahun-tahun sebelum ini. Ya,memang perlu untuk kita menyambut sesuatu perayaan secara sederhana bagi menghormati bulan yang penuh kenikmatan ini.

Walau apa pun,sambutan kali ini perlu disambut dengan jayanya bagi menghargai jasa pejuang-pejuang tanah air yang banyak berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Justeru itu , kita sebagai warganegara Malaysia mengekalkan tradisi sambutan kemerdekaan dengan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan untuk menyemai jiwa patriotism dalam diri dan mendedahkan setiap perit dan lelah para pejuang yang menjadi inspirasi dan semangat kepada golongan muda.

Tapi…merdekakah kita dengan kebebasan sekarang? 53 tahun jika dilihat agak lama dan sudah berusia. Renung-renungkan,hayatilah dan selamat menyambut bulan kemerdekaan negara yang ke-53 daripada saya.

Aug 24, 2010

Ramadhan...






Ramadhan Terakhir..

ku takkan biarkan ia berlalu
berlalu begitu saja
tiada keinsafan
tiada kesungguhan
tanpa pengertian


ku harus nikmati sucinya
seperti tiada lagi
pada waktu kelak
rebutlah ganjarannya
tanpa rasa jemu
dan..
aku merasakan keindahannya
bila aku dekat pada Nya
Sang Pencipta
walau sukar bagiku
tapi amat mudah sekali
kiranya aku benar-benar
mencintai kenikmatan Ramadhan itu...
pasti aku akan merindui
tika dan saat itu nanti...
nukilanku:14 ramadhan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...