ANDA PELAWAT KE

Oct 21, 2010

sisa-sisa hidup seorang pelajar..

Assalammualaikum semua..

huhuh..aku menafas lega dan alhamdulillah penantian selama lebih kurang 3 thn 1/2 sekarang ni.. dan hampir 4tahun bergelar mahasiswa macam tak sedar dah nak keluar dari dunia kampus. apa pun aku rasakan masih banyak benda yang aku perlu belajar dan tahu mengenai kehidupan seorang 'manusia'..

ingat lagi masa mula-mula aku menjejaki kaki ke USIM, aku langsung tak kenal sesiapa yg berada di sekeliling aku dan baru aku sedar saat itulah aku perlu lebih berdikari dan mematangkan aku bila berada di tempat asing bagiku ketika itu..

lepas itu,macam2 kenangan telah dicipta bersama rakan2 seperjuangan yg aku sayangi dan akan dirindui nanti sepanjang bersama walaupun pelbagai pahit manis kita tempuh bersama-sama, kita tetap satu.

tinggal beberapa minggu lagi kita akan berpisah sementara..aku belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan2,pensyarah dan kampus yg aku sayangi itu...
insyaallah kita kan bertemu lagi di kemudian hari...
apa-apa pun aku nak mintak maaf kepada kawan2 sbb banyak menyusahkan korang dan terima kasih atas segala-galanya..dan ingatlah bhw korang adalah golongan yg terbaik yg aku pernah jumpa..

semoga berjaya dalam latihan industri nanti dan terus menggapai apa yg diimpikan..
Terima kasih..

Oct 20, 2010

JANGAN BIAR DADAH PUPUSKAN GENERASI MUDA!

Sewajarnya golongan muda perlu diserapkan dengan nilai murni yang baik bagi membentuk belia yang sihat. Akan tetapi saban hari masih terdengar laporan di media tentang ketaksuban golongan muda hari ini melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat. Ancaman paling dahsyat adalah DADAH!

Heroin, ganja, kokain, nakotin, dadah jenis perangsang dan LSD antara jenis-jenis dadah yang biasa kita dengar. Semua ini terhasil dari bahan kimia yang memudaratkan seluruh tubuh badan apabila mengambilnya secara berlebihan. Seseorang yang mengambilnya berulangkali juga berisiko tinggi menjadi ketagih, dan apabila sudah bergantung pada dadah ia pastinya akan memusnahkan seluruh kehidupan.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa begitu mudah golongan muda hari ini terpengaruh dan terjebak dengan penyalahgunaan dadah?

Sedangkan mereka sendiri sudah tahu akan bahayanya dadah terhadap kesihatan tubuh badan. Lihat sahaja statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, bahawa golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun merupakan golongan paling ramai dikesan mengambil dadah. Malah media cetak mahupun elektronik sering melaporkan penangkapan remaja yang kini bukan sahaja mengambil dadah tetapi sudah pandai menjadi pengedar.

Penangkapan beberapa orang remaja yang melakukan kegiatan mengedar dan menjual dadah secara katalog baru-baru ini membuktikan golongan muda sekarang menjadikan dadah sebagai benda biasa. Itu hanya sebahagian laporan penyalahgunaan dadah melibatkan golongan muda hari ini. Masih banyak lagi kes-kes yang berjaya dikesan dan tidak diketahui pihak berkuasa. Paling membimbangkan terutama ibu bapa apabila terdapat para remaja atau golongan muda di negara kita dijadikan ‘umpan’ sesetengah pengedar dadah.

Seperti kes Nur Dhiya, 19 tahun yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town kerana membawa 1.2 kilogram syabu. Pihak tidak bertanggungjawab menggunakannya dengan menawarkan peluang pekerjaan, sebaliknya diperdaya untuk dijadikan ‘keldai dadah’.

PENYALAHGUNAAN DADAH
Jika dilihat penyalahgunaan dadah melibatkan semua peringkat usia, tidak kira jantina lelaki atau wanita, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi hinggalah melibatkan para profesional. Nyata ‘wabak’ yang merosakkan masyarakat ini tidak mengenal siapa dan di mana sahaja. Seperti kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008) mendapati kawasan pantai, ladang, kilang, tapak pembinaan malah di institusi pendidikan, dalam dan luar bandar antara tumpuan tempat penagihan serta penyalahgunaan dadah berlaku.

Apakah faktor yang menyebabkan golongan muda belia ini mudah terjerumus ke kancah dadah? Sedangkan ramai yang terlibat terdiri daripada mereka yang mempunyai pendidikan tinggi dan berfikiran waras. Seperti telah dinyatakan, dadah merebak di dalam masyarakat tanpa mengenal siapa.

Banyak kajian yang dibuat mengenalpasti, pengaruh rakan sebaya antara faktor meningkatnya penyalahgunaan dadah. Kebiasaannya golongan muda ini lebih suka berfantasi. Dari mencuba-cuba akhirnya mereka terperangkap dengan ketagihan. Terdapat juga sebahagian besar penyalahgunaan dadah ini dilakukan oleh golongan muda yang disebabkan oleh faktor persekitaran dan keadaan tekanan terutama yang berlaku di tempat kerja serta di dalam keluarga. Jalan paling singkat untuk menyelesaikan tekanan adalah dengan mengambil dadah. Haruskah begitu?

Oct 6, 2010

I think if I'm working in bank at an ATM CCTV section, I would bring up these type of procedures just to make my self happy :D..

A new sign in the Bank Lobby reads:

"Please note that this Bank is installing new Drive-through ATM machines enabling customers to withdraw cash without leaving their vehicles. Customers using this new facility are requested to use the procedures outlined below when accessing their accounts.
After months of careful research, MALE and FEMALE procedures have been developed.
Please follow the appropriate steps for your gender:

MALE PROCEDURE

1. Drive up to the cash machine.
2. Put down your car window.
3. Insert card into machine and enter PIN.
4. Enter amount of cash required and withdraw.
5. Retrieve card, cash and receipt.
6. Put window up.
7. Drive off.

FEMALE PROCEDURE

1. Drive up to cash machine.
2. Reverse and back up the required amount to align car window with the machine.
3. Set parking brake, put the window down.
4. Find handbag, remove all contents on to passenger seat to locate card.
5. Tell person on cell phone you will call them back and hang up.
6. Attempt to insert card into machine.
7. Open car door to allow easier access to machine due to its excessive distance from the car.
8. Insert card.
9. Re-insert card the right way.
10. Dig through handbag to find diary with your PIN written on the inside back page.
11. Enter PIN.
12. Press cancel and re-enter correct PIN.
13. Enter amount of cash required.
14. Check makeup in rear view mirror.
15. Retrieve cash and receipt.
16. Empty handbag again to locate wallet and place cash inside.
17. Write debit amount in check register and place receipt in back of checkbook.
18. Re-check makeup.
19. Drive forward 2 feet.
20. Reverse back to cash machine.
21. Retrieve card.
22. Re-empty hand bag, locate card holder, and place card into the slot provided.
23. Give dirty look to irate male driver waiting behind you.
24. Restart stalled engine and pull off.
25. Redial person on cell phone.
26. Drive for 2 to 3 miles.
27. Release Parking Brake.

Oct 2, 2010

HANYUT


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti

Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Sungai bukan tong sampah




Oleh HAZLINDA HAMZAH



KOS untuk membersihkan sungai yang dicemar dengan sampah sarap menelan belanja jutaan ringgit.



SUNGAI yang bersih dan indah akan menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai dengan keluarga atau kawan-kawan pada hujung minggu.
Sungai menjadi sebahagian daripada landskap semula jadi dan akses riadah di situ biasanya adalah percuma.



Kini, kebanyakan sungai yang cantik ialah sungai yang dikomersialkan dan menjadi tempat perkelahan popular, sekali gus memberikan pendapatan kepada syarikat yang menguruskannya.
Banyak kawasan sungai diperindah dengan fasiliti atau kemudahan riadah yang dijaga dan diselenggara dengan baik.



Suatu ketika dahulu ketika sungai menjadi sumber air utama penduduk, masalah sungai kotor, tidak timbul. Ia menjadi tempat membersihkan diri, mencuci pakaian dan sumber minuman yang selamat lagi berharga walaupun penggunaannya tanpa had dan tidak dikenakan bayaran.
Namun, hari ini apabila kemodenan telah membolehkan air disalurkan melalui paip ke rumah-rumah, sungai sudah tidak dihargai walaupun hakikatnya dari situ jugalah sumber air paip diperoleh.



Sejak beberapa dekad lalu, banyak sungai di bandar menjadi tempat melupuskan sampah individu, buangan kilang dan yang paling menyedihkan hari ini ia turut menjadi saluran melenyapkan bayi yang tidak dikehendaki serta melupuskan bahan bukti pembunuhan.
Ia merupakan satu trend baru yang tidak bermoral.



Sumber air yang begitu menyamankan dicemari manusia yang lupa akan tanggungjawab mereka kepada alam semula jadi. Kilang-kilang turut menyalurkan sisa buangan bahan proses ke dalam parit yang akhirnya mengalir ke sungai-sungai berdekatan.



SUNGAI sepatutnya menjadi landskap indah dan lokasi riadah yang wajar diwariskan kepada generasi masa depan.



“Mereka lupa kesannya kepada sungai,” ujar seorang pelawat dari United Kingdom, Dr. Azrini Wahidin yang meluahkan rasa tidak puas hati.



Azrini dari Universiti Queens, Belfast, Ireland yang kini berada di Malaysia sebagai profesor pelawat Universiti Malaya dalam bidang kriminologi merasakan semua orang sepatutnya sedar mengenai fungsi sungai sebagai sumber air.
“Ekosistem yang sihat dan selamat perlu dikekalkan dan ia sebahagian daripada tanggungjawab manusia, jadi mereka perlu mengusahakannya dengan gigih.
“Jangan lepas tangan dan harapkan agensi kerajaan melakukan sesuatu tanpa penglibatan komuniti sekitar. Banyak aktiviti air boleh dilakukan di sungai,” tegur Azrini sambil menunjukkan ke arah sebuah tasik buatan manusia yang bersih terletak berhampiran Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.



Azrini amat tertarik dengan aktiviti berkenu yang dibenarkan di tasik itu pada waktu petang.
Meneutralkan ph air sungai
Bagaimanakah untuk menyelamatkan air sungai yang kotor? Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memulihkan air sungai tetapi kedua-duanya bersifat sementara, menurut pakar.



EM (Effective Micro organism) atau mikro-organisme berkesan digunakan untuk menjernihkan semula air sungai yang sudah teramat keruh atau berada dalam kelas 4 yang menjadikannya tidak selamat untuk sebarang aktiviti.
Air akan kembali jernih dan dapat dinyah bau dalam masa dua hingga tiga hari.
Kaedah menggunakan bola lumpur juga berkesan menjernihkan semula sungai serta masalah baunya, tetapi ia mudah berpindah mengikut arus air dan impaknya tidak kekal untuk merawat air sungai yang diberikan tumpuan.



MANUSIA mengambil jalan mudah dengan menjadikan sungai sebagai tong sampah.
Bola lumpur tersebut diperbuat daripada bahan kitar semula seperti sampah yang dikutip dari sungai, dicampurkan dengan lumpur dan kemudian dimampatkan supaya dapat dibentukkan menjadi bola dan kemudian tumbesaran mikroorganisme digalakkan pada bola-bola ini.
Mikroorganisme yang terkandung dalam bebola lumpur akan memakan kotoran di dalam air itu tatkala lumpur mula melarut dalam air sungai atau kolam.



“Usaha inilah yang diambil oleh komuniti di Sungai Way, Selangor untuk memulihkan sebahagian Sungai Way di bawah program komuniti yang dibiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan di sekitar kawasan ini.



“Ia satu cara yang baik. Komuniti menyumbang terhadap usaha memulihara sungai di kawasan mereka. Kesedaran sebegini amat perlu. Ia wajar sebagai satu perkongsian ilmu dan tenaga dengan melibatkan pelajar sekolah dan ibu bapa mereka secara serentak,” kata Jurutera Daerah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor, Ishak Samsuddin semasa ditemui di Karnival Sungai bersempena projek pemulihan Sungai Way baru-baru ini.



Sumbangan komuniti
Kerja membersihkan Sungai Way sepanjang 2.5 kilometer dijalankan untuk memperbaiki tahap keselamatan airnya kepada Kelas 2B menjelang tahun 2015. Ia adalah komitmen yang dikongsi bersama beberapa syarikat korporat dan agensi kerajaan di kawasan itu seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Global Environment Center, Yayasan GAB, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan entiti lain yang prihatin terhadap pemuliharaan kebersihan sungai.
Yayasan GAB melabur sejumlah RM550,000 untuk projek selama tiga tahun itu sejak terlibat dengannya.
Kos memulihara sungai serta memulihkan tahap phnya mahal dan menjadi semakin tinggi jika tidak dikawal secara berterusan.



Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai, JPS, Datuk Ong Siew Heng, ketika ditanya mengenai pencapaian projek memulihkan sungai setakat ini berkata, sejak program Cintailah Sungai Kita dilancarkan kira-kira sedekad lalu beliau menyatakan kegembiraannya melihat warga sukarelawan dalam kalangan komuniti semakin aktif menitiskan keringat, bekerjasama untuk memastikan manfaat daripada sungai yang bersih terus diperoleh.



“Sungai tidak patut digunakan sebagai tempat pembuangan sampah sarap dan sisa buangan, tetapi untuk dinikmati oleh komuniti sebagai tempat rekreasi untuk menikmati alam semula jadi dan biodiversiti yang hidup di persekitaran sungai.
“Nadi sumber air semula jadi ini boleh menimbulkan bencana dan malapetaka, jika tidak dijaga akibat kecuaian manusia,” jelas Siew Heng. - Bernama.

Entry tanpa tajuk

Entry tanpa tajuk?? aku tak kisah!!

021010....
weekend yang agak membosankan...
mana kawan-kawan ak pergi haa...??
masing2 membawa diri..
bangun je pagi tadi,, rupanya aku sorang je kat rumah..housemates aku dah kuar..
kuar pegi mana,aku tak tau..aku malas nak tanya..
nanti kalau aku tanya kan,busybody pulak ek??
takpa..aku tak kisah pun..dorg dh besar,boleh jaga diri..

aku tak tau nak buat apa hari ni..selain menghadap FB yg membosankan..
nak baca something lah petang ni..
sebab tu aku ada masa nak update blog nih..
tak sabar aku nak tunggu event next week..
tak sabar aku nak balik kampung...tiba2 je..
perlu ka??

iCEPS KEMBALI EDISI KE-6...


seperti tahun-tahun yg lepas, project untuk final year FEM akan buat konvensyen keusahawanan Islam (iceps)..
tarikh: 7-10 Oktober 2010
venue: Stadium Nilai Neg. Sembilan

yg best iceps kali ini...
1. iceps ke dua dibuat pada tahun 2010..tapi pada sem berbeza,,,
2. 1st batch accounting yg organize bergandingan dgn group muamalat..
3. program2 yg best..konsert,drift,seminar kesihatan,forum dinar emas,futsal,gerai pameran..
4. datanglah sendiri nanti kalau nak tahu...

berdebar menunggu reaksi org ramai...
boleh click kt link ini:
http://iceps.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...