ANDA PELAWAT KE

Apr 19, 2010

Exam Week....




salam semua...
Que di sini kembali mengemaskini blog ini, huh begitu lama tak update..
kepada semua yg tengah exam sekarang tak kira apa2 exam.. semoga berjaya dan buatlah yang terbaik untuk masa depan anda..

Minggu exam adalah minggu yang menggerunkan bagi student macam Que ni.. study week pun masih ada tugasan yg tak siap lagi..
Alhamdulillah sekarang semua berjalan dengan lancar dan disiapkan dalam masa yg ditetapkan walaupun Que suka buat dalam last minit..

minggu ulangkaji ni macam tak rupa study week bagi Que.. tak terasa bahang exam.. kenapa ya? mungkin tak prepare lagi kot..memang betul.. suka sangat buat last minit..

apa-apa pun Que di sini mengucapkan semoga berjaya dan percayalah bahawa anda semua adalah generasi yang terhebat dan gemilang..

satu saja pesanan Que, jangan terlalu banyak study nanti anda sendiri yang akan tertekan.. relax jer..dan jangan lupa banyakkan amalan sunat dan berdoa kepada Allah..

sampai di sini sahaj buat kali ni..terimakasih kerana view blog ni..

Apr 13, 2010

Pelajar FST USIM lancar produk terbaru

Bandar Baru Nilai, 7 April 2010 – 39 Pelajar Tahun 3 kursus Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menunjukkan daya inovasi yang tinggi apabila berjaya menghasilkan tujuh produk makanan baru menggunakan daya kreativiti dan pengetahuan yang dipelajari.

Produk makanan yang dihasilkan adalah Mushee-mushee-Kraker cendawan, Cittaya-Coklat dengan campuran buah naga, Cendawan Lekor – Campuran isi ikan dan cendawan, Mushmee – Campuran mee dan cendawan tiram, C-realicious – Cereal bar campuran dari buah-buahan dan kekacang, Tempower-serbuk tempoyak segera dan Taladish-Resepi Kuih Talam segera.

“Dengan terhasilnya produk sebegini menunjukkan bahawa pelajar USIM penuh dengan daya kreativiti dan inovasi hasil didikan pensyarah USIM yang mana hasilnya hampir setanding dengan produk di pasaran masakini”, kata Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda semasa merasmikan Hari Pelancaran Produk Baru kali ke-3 anjuran Fakulti Sains dan Teknologi USIM.

“Tradisi ini harus menjadi penghayatan kepada semua pelajar diharapkan usaha ini akan berterusan dan meningkatkan kualiti graduan program Bioteknologi Makanan USIM kelak”, tambah beliau lagi.

Penghasilan produk baru ini bukan sahaja untuk memenuhi silibus kursus Bioteknologi Makanan, tetapi juga menyahut saranan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda yang amat menekankan budaya inovasi di USIM semasa berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan USIM baru-baru ini.

Antara objektif program ini adalah untuk menyediakan platform kepada para pelajar menunjukkan bakat, kebolehan dan kreativiti dalam mencipta produk baru. Setiap produk makanan dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti keunikan, potensi pasaran, persembahan dan kandungan nutrisi.

Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Durianis yang menghasilkan serbuk tempoyak segera yang diberi nama Tempower. Ianya dihasilkan melalui proses fermentasi isi buah durian bersama sodium chloride diikuti dengan proses dehidrasi selama 24 jam sehingga menjadi serbuk. Produk ini di datangkan dalam bentuk serbuk dan menepati keperluan pengguna masakini yang sentiasa mengejar masa dan inginkan sesuatu yang tradisional tetapi mudah disediakan.

Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan Mushmee yang menghasilkan campuran mee dengan suplemen cendawan tiram yang bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kualiti dalam kandungan mineral tetapi mempelbagaikan kegunaanya dalam masakan.

Tempat ketiga berjaya disandang oleh kumpulan See-Foot Enterprise yang mempertaruhkan produk makanan Kraker Cendawan berkhasiat. Kraker ini mengandungi cendawan sebagai kandungan utama diikuti dengan tepung jagung, gula, garam, putih telur dan sedikit oregano untuk menambah perisa.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200 untuk tempat pertama, RM150 dan RM100 untuk tempat kedua dan ketiga. Di samping itu juga mereka menerima hadiah tambahan sebanyak RM100 untuk setiap pemenang.

Turut hadir Y.Bhg. Prof. Dr. Bachok M.Taib, Menjalankan Tugas Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Y.Bhg. Prof. Dr. Bahrom Sanugi, Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Y.Bhg. Prof. Dr. Jalani Sukaimi, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi dan Y.Bhg. Prof Dr. Salmah Yusof, Ketua Program Bioteknologi Makanan.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
pwartawan@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

Feb 10, 2010

updating...

salam semua...
lama dh x update blog aku ni..2,3 minggu ni agak busy skit..
esok lusa ktorg dh cuti midsem dh..tp aku je xde perasaan exited nk bercuti cz cuti x lame sgt. lps 2 plak byk assignment yg kene dibereskan time cuti.. penat2..tp xpe,tu cabaran bt aku.
yg aku xsuka sgt, dlm2 cti2 ni ade program modul latihan industri kt kampus 18-20feb ni..
phk fac br je bgtaw kt ktorg tp aku ok jer cz aku mmg xde plan sgt cuti ni. member2 yg dh beli tiket blik kpg terpaksa tukar tket..dorg kene blik awal skit..

last, percayalah kepada takdir k..

Hanya Takdir
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
http://liriknasyid.com


Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Oct 6, 2009

Mutiara kata

Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...