Tinggal beberapa lagi lagi kita membilang hari,mengira detik untuk menyambut tarikh keramat hari kemerdekaan negara. Dalam sedar ataupun tidak, sambutan kemerdekaan negara kita agak lesu walaupuin hanya beberapa hari lagi menjelang tarikh keramat. Adakah ia disebabkan sambutan kali ini amat berbeza kerana disambut ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dan ibadah- ibadah sunat yang lain seperti tahun-tahun sebelum ini. Ya,memang perlu untuk kita menyambut sesuatu perayaan secara sederhana bagi menghormati bulan yang penuh kenikmatan ini.
Walau apa pun,sambutan kali ini perlu disambut dengan jayanya bagi menghargai jasa pejuang-pejuang tanah air yang banyak berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Justeru itu , kita sebagai warganegara Malaysia mengekalkan tradisi sambutan kemerdekaan dengan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan untuk menyemai jiwa patriotism dalam diri dan mendedahkan setiap perit dan lelah para pejuang yang menjadi inspirasi dan semangat kepada golongan muda.
Tapi…merdekakah kita dengan kebebasan sekarang? 53 tahun jika dilihat agak lama dan sudah berusia. Renung-renungkan,hayatilah dan selamat menyambut bulan kemerdekaan negara yang ke-53 daripada saya.
No comments:
Post a Comment