ANDA PELAWAT KE

Apr 30, 2010

S.A.T.U

Satu..
bukan dua
atau tiga..
bukan juga dua puluh..

satu itu apa sebenarnya?
seorang?sebiji?sebuah?

ada orang kata satu itu derita,
ada orang kata satu itu bahagia..
tapi aku rasa satu itu derita dan bahagia..

sebenarnya, satu itu penting untuk kita
kerana Tuhan kita hanya satu..
kerana tanpa satu kita takkan bersatu...

guru aku pernah berkata kepadaku..
sebelum kita belajar nombor dua, jangan lupa kepada nombor satu..
ibuku juga pernah berkata..
sebelum ke tahap kedua dalam hidup,yang pertama jangan dilupa...

tapi apakah kaitan satu dengan hidup?
adakah ia tentang kita hidup dengan satu jasad?
adakah tentang hidup cuma sekali?
tapi itu semua realiti bukan fantasi...

satu bukanlah sekadar nombor yang dahulu kita kenali...
tapi tentang sebuah kehidupan seorang manusia di atas sebuah ciptaan Yang Satu..

mustaqim_1.02pm 29.04.2010

LINK..http://www.facebook.com/kuaizan?v=app_2347471856

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...