ANDA PELAWAT KE

May 26, 2012

ll Belajar Untuk Masa Depan ll

Blog ni kembali bersiaran setelah sekian lama tak ke udara.

Okay.

Topik kali ini berkaitan dengan apa yang aku alami. Benar kata orang, kalau nak belajar sesuatu kena ikhlas. Ikhlas kat sini maksud dia kalau kita buat sesuatu contohnya belajar kat kampus, kita belajar untuk masa depan kita sendiri. Tapi pemerhatian aku selama aku belajar, ramai jugak dorang ni belajar untuk nak pass exam jer.. tapi aku nak fikir positif dulu, mungkin dorang nak dapatkan pointer bagus, sapa tak nak kan? Tapi ada jugak yang struggle masa study week jer untuk sit exam, jawab paper n pastu bila dah habis exam..dah tak ingat dah apa yang kita belajar penat-penat dulu.

Apa yang aku nak kata kat sini sebenarnya, ilmu yang kita dah belajar dulu perlu kita amalkan supaya kita akan ingat pada masa depan nanti. Contohnya, aku sekarang dah banyak lupa dah apa yang aku belajar dulu, dan menyesal sebab sekarang aku terpaksa belajar balik dan apply kat tempat kerja. Kat tempat kerja takda cikgu atau pensyarah yang akan guide kita satu persatu. Kita kena ada inisiatif sendiri, banyak tanya kat senior/manager or study sendiri kat rumah kalau tak faham. Senior/manager takde masa nak ajar kita satu persatu, dorang pun banyak kerja nak selesaikan.

Konklusi: Sebagai manusia,kita mudah lupa. Kita mudah silap. Jadi, kita haruslah praktikkan apa yang kita belajar dalam kehidupan seharian kita. Itulah namanya pengalaman. Kalu ada silap, cepat-cepat perbaiki.

Terima kasih daun keladi.


Aug 19, 2011

SAYA SEGAK BERBAJU MELAYU







Ada contest lagi..aku rasa seronok pulak join benda ni..






sape nak join,klik:












dan ikut arahan selanjutnya tapi kena join b4 10 terakhir ramadan taw..






ni baju raya tahun lepas..dan diambil ketika hari kuliah terakhir ketika kat kampus aku.


kita orang satu batch pakat pakai baju raya..macam2 warna ada.. seronok giler macam raya pulak!


Lelaki dikatakan 'macho' bila pakai satu set baju melayu + samping + songkok..tapi aku tak..biasa2 jer..


baju ni pun mak aku sendiri yang jahit dan paling best satu famili pakai biru time raya ari tu..



dah..selamat hari raya dariku!?!

Aug 17, 2011

Join Kontest Mini Komuniti Blogger!!



aku saje je join mencuba nasib bulan puasa ni..

maklumat lanjut tentang ''kontest mini'' ini bole baca sendiri kat banner di atas ok..



thanks..

REVIEW BUKU ZAHIRIL ADZIM -: BOGEL MENUJU TUHAN



Salam Nuzul Qur'an : Ramadhan ke 17..

Hari ini terasa nak tulis something pasal Buku BMT ni.
Sebenarnya ada catatan yang dia tulis,aku pernah ikuti dan baca di blognya http://zahiriladzim.blogspot.com.

Setelah lama membelek, membaca, menghayati dan termenung, akhirnya aku berjaya membuat kesimpulan bahawa Zahiril Adzim ataupun Daim dalam Drama Juvana TV3 adalah manusia yang dilahirkan pemikiran yang hebat. Bukan aku nak kata dia pandai bercakap tapi dia bijak mezahirkan pemikirannya melalui tulisan-tulisan sajak dan catatannya dalam buku pertama karyanya. Tapi tidak semua yang boleh buat orang puas hati dengan apa yang kita usahakan.

1. Mula-mulanya aku tertarik dengan KATA AWALnya..:
"Apa jalan yang kau nak dalam hidup''

walaupun ringkas tapi agak benar sebab mula-mula mestilah kita tanya diri kita apa yg kita nak dalam hidup kan..

2. Bukunya tak setebal buku novel yang laris di pasaran tapi buku ini sarat dengan mesej-mesej pemikiran anak-anak muda yang ada 'aim' dalam hidupnya. Walaupun sepuluh kali kita baca, agak sukar untuk kita faham apa yang dia tulis. Tapi ada jugak yang kita faham terus sebab dia menggunakan 'words' yang biasa dengar.

3. Ya betul,dalam banyak2 artis atau penggiat seni di tanah air, ZA lebih mementingkan aspek seni dari aspek komersialism.

4. Antara menjadi kegemaranku dalam naskah ini:
-Karut-karut yang karut
-Bogel Menuju Tuhan
-Kita Peniru Profesional
-Tulis itu bogel
-Memilih dan dipilih
-COPYCAT
-dan banyak lagi,tak larat nak tulis.

5. Reka bentuk dan design yang menarik di mana hampir setiap helai adanya gambar ZA. Bila kita baca mesti kita nampak gambar ZA. Seolah-olah dia menemani setiap helaian yang kita baca.

6. Buat la lagi buku..okay! Tak rugi membelinya..

HARAPAN: Tahniah ZA dan semoga tidak gagal dalam pemerintahan hati,diri dan emosi. Semoga sukses dan tidak pernah berhenti berkarya. Teruskan!

-dakwat habis-







Aug 12, 2011

'UCAPAN AIDILFITRI: DARI SAYA UNTUK EQBALZACK'

http://www.eqbalzack.com/2011/08/giveaway-aidilfitri-jom-join.html










Assalamualaikum Bro EqbalZack!!


Nak berpantun boleh tak Bro??








Pergi ke kedai membeli lada,


Lada dibeli di kedai Pak Abu,


Membeli kad raya duit takda,


Ucapan ini saja yang kumampu.




Ketupat, rendang ,sate dan lemang,


Menjadi sajian di hari lebaran,


Blogger popular di laman sembang,


Itulah abang EqbalZack yang tampan.




Meriam buluh jangan dibakar,


Kalau dibakar putus jari jemari,


Saya blogger yang baru belajar,


Melawat blog orang setiap hari.




Lampu pelita menghiasi malam,


Aidilfitri disambut penuh ceria,


Terima kasih penutup salam,


Semoga bahagia di hari raya.












Kecik-kecik nak jadi oltromen,



Sudah baca harap comment!













selamat menyambut hari raya aidilfitri





maaf zahir dan batin :D!











Aug 4, 2011

Jagalah HATINYA dari HATInya :D

Boy : Tolonglah saya betul betul cintakan awak,terimalah saya
Gulz : Maaf saya bukan menolak awak tapi saya tak boleh terima awak selagi awak tak nak khawin dengan saya
Boy : terlalu awal untuk khawin,lagipun perlukan duit yang banyak,lagipun kita muda lagi,so kita couple je,saya tak kan usik awak.
Gulz : sekarang memang la awak kata takkan usik saya tapi saya takut iman kita tak kuat dan akan buat benda yang tak berfaedah.
Boy : Saya janji saya akan jaga awak elok elok,saya betul betul cintakan awak
Gulz : maaf saya dah kata kalau awak cintakan saya khawin dengan saya,tak ade istilah bercinta sebelum khawin,dan lagi satu kalau awak tahu dah tak de duit jangan nak gatai gatai nak bercinta,saya taknak kecewakan hati KEKASIH saya
Boy : KEKASIH awak?
Gulz : ye KEKASIH saya,hati DIA lagi penting dari hati awak,biarlah awak kecewa asalkan bukan DIA,saya tahu DIA sentiasa sayangkan saya,KEKASIH saya ALLAH,Tapi awak akan jadi kekasih saya bila awak nikahi saya..maafkan saya..
Boy : mmm....

Jul 28, 2011

REZEKI














Tajuknya Rezeki. Ringkas. Malas nak tulis panjang-panjang. Takut ada yg tak faham.










Syukur usia blogku hampir mencecah ke angka tiga bukan tiga angka walaupun tak banyak entrinya.



Itu hanyalah sekadar intro.


Harus percaya kepada rezeki. Ada yang lambat, ada yang cepat. Apa yg lambat? Apa yg cepat?



Sebagai contoh, ada antara kita yg dapat pekerjaan dengan cepat,belum habis belajar sudah ada kompeni besar offer kerja. Rezeki murah. Tapi ada yg sampai dua tiga tahun grads masih menganggurkan diri mereka. Kesian kat kerajaan yg bersusah payah untuk mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia. Harus disekat tanaman anggur di Malaysia terutamanya di tanah tinggi Cameron tu. Ada ke?


Tapi harus diingat, jangan percaya saja tanpa usaha untuk memajukan diri. Ya,memang benar dan tak boleh dinafikan bahawa Allah itu Maha Adil mencurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya. Cemburu kepada kawan-kawan yg dah dapat kerja bagus tapi percayalah mungkin ada rezeki yg lebih baik yg Allah sediakan untuk kita tapi kita tak tahu waktunya bila.


U-Usaha.



B-Berdoa.



A-Amal.



T-Tawakal.




UBAT yg paling mujarab sekali.


Insyaallah. Amiin.



suka membaca blog http://zahiriladzim.blogspot.com/





-sori.dakwat habis-













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...